Saturday, May 8, 2010

Bab 3 [Dunia Baru]


Haeqal duduk termenung di tangga sambil menyandar ke bingkai pintu rumah neneknya. Tengahari tadi, selepas solat Zohor, dia tertidur dan terbangun semula selepas nenek mengejutkannya supaya bersolat Asar. Neneknya menuruh Haeqal bersolat di awal waktu supaya tidak terlepas waktu solat nanti.

Haeqal melihat suasana kampung tersebut pada petang hari. Dia mengakui, sememangnya kampung ini betul-betul kurang ceria. Kelihatan hanya kawasan kedai runcit sahaja yang menjadi tumpuan orang ramai. Selebihnya, orang kampung lebih suka melakukan aktiviti persendirian untuk mencari rezeki sesuap nasi.

“Haeqal, tengah buat apa?” Neneknya bertanya, sambil tangan leka mengait bebenang kapas. Neneknya suka menghasilkan alas meja menggunakan bebenang kapas yang berwarna-warni.

Haeqal senyap. Terus tekun menatap muka laptop peribadinya. Apabila dia sedang melakukan sesuatu perkara, dia akan memberi perhatian yang serius dan mulutnya diam tidak berkata-kata. Fokusnya cukup tinggi.

“Haeqal?” Neneknya mengulangi panggilan.

“Haeqal?” panggilan kali ketiga. Haeqal mengangkat muka.

“Maaf nek, Haeqal tidak perasan. Ada apa, nenek?” rupa-rupanya Haeqal tidak terpesan dengan panggil neneknya. Dia memohon maaf kerana terlalu leka.

Sambil tersenyum, neneknya mengulang soalan yang sama lalu dijawab oleh Haeqal.

“Oh, Haeqal sedang berhubung dengan ayah melalui internet, nek.”

Nenek Haeqal terus menyambung kerja mengait bebenang kapas. Sekali pandang, kelihatan Haeqal sedang termenung melayan kebosanan seorang diri. Tetapi sebenarnya dia sedang menggunakan kemudahan internet untuk berhubung dengan ayahnya dari jarak jauh, menggunakan perisisan Yahoo Messenger.


Tuan Omar : Assalamualaikum Haeqal. Macam mana keadaan di kampung?

Haeqal : Wa`alaikumusalam. Alhamdulillah, baik-baik saja. Abah ada di mana?

Tuan Omar : Abah masih di tempat kerja. Hari ini pulang lewat sedikit sebab abah mesti
uruskan proses perpindahan ke tempat kerja baru.

Haeqal : Oh begitu.

Tuan Omar : Haeqal sudah ada perancangan aktiviti di kampung selama dua bulan cuti sekolah?

Haeqal : Haeqal rasa, sudah nampak apa yang Haeqal akan lakukan di sini. Ada projek besar, abah. Kampung ini akan kembali ceria!

Tuan Omar : Lain macam saja bunyinya. Hah, cuba cerita kepada abah.


Tiba-tiba talian internet tanpa wayar di laptopnya terputus dan di terkeluar dengan sendiri daripada perisian Yahoo Messengger. Perbualan dengan ayahnya terputus. Haeqal menepuk dahi.

Haeqal cuba menyambung semula talian internet ke laptopnya, tapi gagal buat sementara waktu. Dicuba berkali-kali. Akhirnya dia mengambil telefon bimbitnya dan menaip pesanan ringkas untuk dihantar kepada ayahnya.

Abah, talian internet terputus. Nanti Haeqal cerita lain kali ya. Kirim salam kepada umi dan Khadijah. Assalamualaikum.

Tuan Omar memahami, lalu terus dibalas pesanan ringkas Haeqal itu dengan berpesan supaya menjaga akhlak sepanjang berada jauh dari keluarga. Ayahnya juga berpesan agar sentiasa mengikut kata neneknya.

Dalam kepala Haeqal, idea datang membuak-buak. Dia sudah terbayang bagaimana dia mahu mengembalikan keceriaan Kampung Buah Mangga. Dia nekad, sedikit usaha dan idea akan disumbangkan kepada kampung ini sebelum cuti persekolahan tamat.

Baru sahaja dia hendak bangun untuk turun ke tanah, tiba-tiba talian internet laptopnya kembali semula. Dan talian Yahoo Messengger disambung semula, tetapi dia menyedari ayahnya sudah menutup talian Yahoo Messengger. Lalu Haeqal membuka blog peribadinya untuk mengemaskini apa yang patut.

“Alamak, aku terlupa untuk memasukkan resipi colek pagi tadi.” Haeqal teringat sesuatu. Lantas dia menaip apa yang diingatinya. Sesekali dia bertanya neneknya jika ada yang dia terlupa.



ANGIN petang bertiup perlahan. Haeqal masih merasakan kantuk masih ada walaupun dia telah tertidur selama beberapa jam sebentar tadi.

“Abang Haeqal!”

Haeqal melihat ke arah suara itu datang. Dia tidak dapat melihat siapa yang memanggil. Tetapi dia tahu, suara itu kepunyaan Asyraf atau Juwairi. Dia sudah biasa dengan dua kanak-kanak kembar yang tinggal di sebelah rumah neneknya.

Haeqal dapat melihat di sebalik tikar mengkuang yang digantung di beranda rumah, Asyraf dan Juwairi sedang menyorok.

“Asyraf, Juwairi! Abang sudah nampak kamu dua orang. Jangan nak menyorok lagi.”

Dua kembar tidak seirang itu keluar menunjukkan muka dengan mulut tersengih menampakkan gigi. Muka mereka langsung tidak sama, tapi senyum mereka seiras.

Haeqal melambai-lambai kepada mereka berdua meminta untuk datang ke rumah neneknya. Ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada Asyraf dan Juwairi.

Mereka berdua berlari-lari anak menuju ke arah Haeqal lalu berjabat tangan dan saling bertanya khabar. Maklumlah, sudah lama tidak berjumpa dan bermain bersama.

“Assalamualaikum, nenek.” Juwairi memberi salam kepada Nenek Pun.

“Wa`alaikumusalam. Juwairi, Asyraf. Naiklah ke atas. Sudah lama tidak datang ke rumah nenek ya.”

Kembar itu tersengih lagi.

“Kamu dah masuk darjah lima bukan?” Haeqal bertanya kepada Asyraf. Dia ingat-ingat lupa.

“Betul, betul, betul.” Cepat-cepat Asyraf dan Juwairi menjawab serentak. Mereka meniru gaya suara siri animasi Upin dan Ipin. Haeqal ketawa kecil melihat karenah kembar tersebut.

Asyraf menaiki tangga dan duduk bersila di sisi Haeqal mengadap laptop. Dia tekun melihat skrin laptop yang sekali sekala mengeluarkan bunyi.

“Abang Haeqal sedang buat apa?” Juwairi bertanya.

“Abang sedang mengayuh basikal, Juwairi.” Jawab Haeqal selamba tapi dengan gaya serius.

“Apalah abang Haeqal ni. Orang tanya betul-betul ni.”

Tawa Haeqal terpecah lagi. Lalu disambut dengan tawa Juwairi dan Asyraf. Haeqal mengajak kembar itu naik ke atas rumah dan duduk di kawasan yang lebih luas. Haeqal masih mengadap laptop sementara kembar tersebut duduk di kiri kanan sambil tangan menongkat pada paha Haeqal. Mereka berbual mesra.

Asyraf dan Juwairi menunjukkan tanda berminat terhadap laptop dan perisian di dalamnya.

“Asyraf pernah belajar cara menggunakan computer di sekolah.”

“Juwairi pun pernah. Kalau nak minta Juwairi menaip, senang saja.” Tambah Juwairi sambil memetik ibu jarinya. Dia pernah belajar menggunkan perisian Microsoft Word.

“Tapi sekarang sudah lama tidak mencuba. Abang Haeqal tahu, di kampung ini susah benar untuk berjumpa dengan computer?” kata Asyraf.

Haeqal mengangguk. Di depannya sekarang adalah komputer riba. Nampaknya kembar itu cukup berminat untuk mengetahui bagaimana mennggunakan kemudahan komputer dengan kreatif.

“Pusat Internet Desa masih adakah?” tanya Haeqal kepada mereka berdua. Neneknya juga turut memasang telinga. Kembar itu tidak menjawab pertanyaan Haeqal.

“Sudah lama tidak digunakan , Haeqal. Orang kampung jarang guna internet.” Neneknya pula yang mencelah.

Neneknya menyambung cerita tentang Pusat Internet Desa. Katanya memang sudah lama ditutup kerana kurang sambutan daripada orang kampung. Mereka takut untuk menggunkan peralatan canggih dan mahal.

Sejak perniagaan buah mangga merosot, kehidupan orang kampung lebih susah daripada biasa. Apabila melihat benda-benda yang mahal, mereka akan menjauhi kerana takut untuk menanggung kerugian jika barang tersebut rosak. Bahkan, ibu dan bapa akan turut melarang anak mereka daripada menggunakan perkara tersebut.

“Kamu mahu makan buah mangga cecah colek nenek?” Haeqal bertanya kepada kembar itu.

“Abang Haeqal, kami tiap-tiap minggu merasa colek nenek. Abang Haeqal yang mesti makan banyak-banyak.” Kembar itu ketawa serentak. Nenek hanya tersenyum mengiyakan.

“Abang, nak pinjam laptop boleh?”

“Ambillah. Mari abang ajar bagaimana cara menggunakan yahoo messenger dan blog.” Haeqal tidak mahu ilmu tersebut hanya menjadi miliknya. Asyraf kelihatan lebih tertarik dengan ajakan Haeqal. Juwairi cuma mengikut sahaja kembarnya.

Haeqal melihat neneknya berjalan ke dapur. Rupa-rupa, neneknya keluar membawa sebotol air sejuk dan tiga biji gelas. Dia meletakkan di sisi Haeqal dan mempelawa dua kembar itu minum.

Asyraf lebih berminat untuk belajar tentang penggunaan internet. Di dalam fikirannya, dia ligat berfikir.

Haeqal mengajarkan Asyraf dan Juwairi bagaimana ingin menggunakan perisian Yahoo Mesengger dan blog dengan menunjukkan contoh paparan blog peribadinya. Asyraf kelihatan sangat berminat dengan fungsi blog yang diceritakan oleh Haeqal.

Dalam fikirannya, dia sedang terbayang kamera. Dengan kamera dia boleh mengambil gambar-gambar di sekitar kampung untuk dimasukkan ke dalam blog. Begitu dia bercerita kepada Haeqal.

“Hah, abang ada satu idea!”

“Apa dia?” Juwairi cepat mencelah.

“Nanti abang cerita kemudian.” Jawab Haeqal sambil tersengih.

Juwairi yang pada mulanya terkejut, kemudian mencebik bibir. “Abang Haeqal selalu macam itu!”

Haeqal terkejut. Secara tiba-tiba, Asyraf terus menuruni tangga, dan berlari menuju ke rumahnya. Juwairi yang tinggal seorang diri bersama Haeqal terpinga-pinga.

“Mak, Asyraf nak pinjam tikar!”

Haeqal mendengar jeritan dari rumah sebelah. Dia keluar menjenguk ke luar pintu dan memerhatikan Asyraf sedang memikul tikar mengkuang yang digulungnya. Juwairi pula sudah mula berjalan pulang ke rumahnya tanpa disedari oleh Haeqal.

Semasa berselisih dengan Juwairi, Asyraf berhenti berjalan. Dia berfikir sejenak.

“Ah, esok sajalah aku tunjukkn kepada Abang Haeqal.”

Petang sudah bertukar daripada jingga menjadi oren gelap. Azan magrib akan dilaungkan tidak lama lagi. Hanya tinggal beberapa minit saja lagi.

Di pintu rumah neneknya, Haeqal pula yang terpinga-pinga. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Blog? Tikar mengkuang?


No comments:

Post a Comment